Kenali skrin utama
Untuk app Docmin versi 2.2 · Dikemas kini 2 November 2026


Bahagian atas
- Lengkapkan Profil Cukai: senarai perkara yang belum diisi. Tekan Kemaskini Sekarang sehingga lengkap supaya anggaran cukai lebih tepat.
- Ringkasan tahun ini: komisen, belanja kerja boleh tolak, pelepasan dan pendapatan bercukai setakat hari ini. Tekan Lihat Pengiraan untuk butiran.
- Anggaran Cukai: berapa cukai anda untuk tahun semasa, berdasarkan rekod setakat ini.
Menu di bawah
| Menu | Fungsi |
|---|---|
| Utama | Ringkasan dan peringatan |
| Rekod | Senarai semua rekod. Boleh cari, tapis, ubah atau padam |
| + Rekod Baru | Tambah komisen, belanja, aset atau dokumen |
| Dokumen | Folder Google Drive anda, ikut tahun |
| Laporan | Kewangan, akaun, cukai, kalkulator dan Isi e-Filing |
Butang + Rekod Baru
- Ambil Gambar: snap resit, CP58 atau Borang EA. AI bantu isi. Lihat Snap resit AI.
- Pilih Gambar Dari Galeri atau Pilih Fail PDF.
- Isi Sendiri Tanpa Dokumen: Duit Masuk, Belanja, Beli Aset atau Dokumen.
Ikon profil (bulatan dengan huruf nama anda) di penjuru atas membuka Profil: maklumat diri, cukai, keluarga, sumber pendapatan, tema cerah/gelap dan backup.
Masih perlukan bantuan?
- WhatsApp kami di +60 10-791 3922
- Emel helo.docmin@gmail.com