Polisi Privasi Docmin
Kemas kini terakhir: 2 November 2026 · Lihat juga Terma Penggunaan
1. Data yang disimpan dalam peranti anda
Rekod komisen, belanja, profil cukai dan gambar resit disimpan dalam storan pelayar (browser) pada telefon atau komputer anda. Data ini hilang jika anda padam data pelayar, kecuali anda ada backup (Google Drive atau fail ZIP).
2. Google Drive anda
Jika anda log masuk dengan Google, app menyimpan salinan rekod dan dokumen dalam folder di Google Drive anda sendiri. App hanya boleh membuka fail yang ia cipta sendiri (kebenaran drive.file). Fail lain dalam Drive anda tidak boleh dibaca oleh app.
3. AI baca dokumen
Bila anda guna Snap AI, gambar dokumen dihantar ke pelayan kami untuk dibaca oleh perkhidmatan AI, kemudian keputusannya dihantar balik ke app anda. Gambar itu hanya diproses dan tidak disimpan oleh kami.
4. Data yang kami simpan
Untuk menguruskan akses (tempoh percubaan dan langganan), kami menyimpan:
- alamat emel akaun Google anda dan nama panggilan
- tarikh anda mula guna, tarikh akses tamat, dan tarikh terakhir app disemak
- pelan langganan anda dan bilangan Snap AI yang digunakan setiap bulan, untuk menguruskan had pelan
Kami tidak menjual atau berkongsi maklumat ini dengan pihak lain.
5. Memadam data
- Data dalam peranti: Profil → Padam semua data dalam peranti ini.
- Data dalam Google Drive: padam folder app dalam Drive anda.
- Emel dan tarikh akses yang kami simpan: hubungi kami dan kami akan padamkannya.
6. Penafian
Anggaran cukai dalam app adalah panduan sahaja berdasarkan peraturan cukai yang diketahui. Sila semak dengan LHDN atau ejen cukai berdaftar sebelum menghantar borang.
7. Hubungi kami
Emel: helo.docmin@gmail.com
WhatsApp: +60 10-791 3922