Terma Penggunaan Docmin
Kemas kini terakhir: 2 November 2026 · Lihat juga Polisi Privasi
1. Perkhidmatan
Docmin ialah apps untuk membantu ejen dan individu merekod pendapatan, perbelanjaan dan dokumen, serta menganggar cukai pendapatan. Docmin boleh diakses melalui pelayar web di docmin.app dan app.docmin.app.
2. Akaun dan akses
- Anda perlu log masuk dengan akaun Google untuk akses penuh.
- Pengguna baru mendapat akses penuh percuma selama tempoh percubaan (kini 30 hari) bermula dari kali pertama log masuk.
- Selepas tempoh percubaan tamat, akaun anda kekal pada pelan Free dengan ciri yang lebih terhad (contohnya had bilangan Snap AI sebulan). Rekod sedia ada dan backup anda tidak dipadam.
- Kami boleh mengubah tempoh percubaan, ciri, atau menghentikan akses akaun yang menyalahgunakan perkhidmatan.
3. Langganan dan bayaran
Pelan langganan berbayar akan diperkenalkan kemudian. Harga, kitaran bayaran dan polisi bayaran balik akan dipaparkan dengan jelas sebelum anda membuat sebarang bayaran, dan terma ini akan dikemas kini.
4. Tanggungjawab anda
- Memastikan maklumat dan rekod yang dimasukkan adalah tepat dan benar.
- Menyemak hasil bacaan AI sebelum menyimpan. AI boleh tersilap membaca dokumen.
- Menyimpan backup data anda (Google Drive atau fail ZIP). Data dalam peranti boleh hilang jika data pelayar dipadam atau peranti rosak.
- Tidak menggunakan Docmin untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
5. Bukan nasihat cukai profesional
Anggaran cukai, kategori dan cadangan dalam Docmin adalah panduan sahaja, berdasarkan peraturan cukai yang diketahui pada masa itu. Docmin bukan ejen cukai berdaftar dan tidak memberi nasihat cukai profesional. Anda bertanggungjawab atas borang cukai yang anda hantar kepada LHDN. Sila rujuk LHDN atau ejen cukai berdaftar jika ragu-ragu.
6. Had tanggungan
Docmin disediakan "seadanya". Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, penalti, cukai tambahan, atau kehilangan data yang timbul daripada penggunaan Docmin.
7. Data dan privasi
Rekod dan dokumen anda disimpan dalam peranti anda dan Google Drive anda sendiri. Cara kami mengendalikan maklumat diterangkan dalam Polisi Privasi.
8. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terakhir dipaparkan di atas. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermakna anda menerima terma yang dikemas kini.
9. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
10. Hubungi kami
Emel: helo.docmin@gmail.com
WhatsApp: +60 10-791 3922