DocminDocmin Cuba Percuma
Maklumat

Polisi Bayaran Balik, Pembatalan & Pemulangan

Kemas kini terakhir: 2 November 2026 · Lihat juga Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ringkasnya
  • Pengguna baru mendapat 30 hari akses penuh percuma. Tiada kad kredit dan tiada caj.
  • Langganan dibayar sekali bagi setiap tempoh (bulanan atau tahunan). Tiada caj automatik atau pembaharuan automatik.
  • Oleh sebab anda boleh mencuba 30 hari percuma sebelum membayar, bayaran tidak dikembalikan atas sebab tukar fikiran. Bayaran balik penuh diberi jika berlaku caj berganda, tersilap caj, atau langganan tidak diaktifkan.
  • Docmin ialah perkhidmatan digital. Tiada barang fizikal untuk dipulangkan.

1. Tempoh percubaan percuma

Setiap pengguna baru mendapat akses penuh selama 30 hari tanpa bayaran. Tiada maklumat kad diperlukan. Selepas tempoh percubaan, akaun kekal pada pelan Free secara automatik. Anda tidak akan dicaj melainkan anda memilih untuk melanggan.

2. Bayaran langganan

3. Pembatalan

Oleh sebab tiada pembaharuan automatik, anda tidak perlu membatalkan apa-apa untuk mengelakkan caj akan datang. Jika anda tidak membayar untuk tempoh seterusnya, akses langganan berakhir pada tarikh tamat tempoh dan akaun kembali ke pelan Free.

Jika anda mahu menamatkan langganan lebih awal, akses kekal sehingga tarikh tamat tempoh yang telah dibayar. Bayaran balik bagi baki tempoh tidak diberikan, kecuali seperti dalam bahagian 4.

4. Bayaran balik

Anda layak mendapat bayaran balik dalam keadaan berikut:

KeadaanBayaran balik
Caj berganda atau tersilap cajPenuh bagi amaun yang tersilap
Bayaran berjaya tetapi langganan tidak diaktifkan, dan kami tidak dapat membetulkannya dalam 3 hari bekerjaPenuh
Gangguan perkhidmatan yang berpanjangan disebabkan oleh pihak kamiMengikut budi bicara, secara pro-rata

Bayaran balik tidak diberikan bagi:

5. Cara memohon bayaran balik

  1. Hubungi kami melalui emel helo.docmin@gmail.com atau WhatsApp +60 10-791 3922.
  2. Nyatakan emel akaun Google yang digunakan, tarikh bayaran, nombor rujukan atau resit, dan sebab permohonan.
  3. Kami akan membalas dalam 3 hari bekerja.
  4. Bayaran balik yang diluluskan dikembalikan melalui kaedah bayaran asal dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja, bergantung kepada bank atau penyedia pembayaran.

Selepas bayaran balik diproses, akaun kembali ke pelan Free.

6. Polisi pemulangan

Docmin ialah perisian dan perkhidmatan digital yang dicapai melalui pelayar. Tiada barang fizikal dijual atau dihantar. Oleh itu, pemulangan barang tidak terpakai. Sebarang permohonan berkaitan pembelian diuruskan mengikut polisi bayaran balik di atas.

7. Data anda selepas langganan tamat

Rekod dan dokumen anda disimpan dalam peranti anda dan Google Drive anda sendiri. Ia tidak dipadam apabila langganan tamat, dibatalkan atau dibayar balik. Anda masih boleh membuka rekod dan memuat turun backup.

8. Perubahan polisi

Kami boleh mengemas kini polisi ini dari semasa ke semasa. Perubahan tidak menjejaskan bayaran yang dibuat sebelum tarikh perubahan.

9. Hubungi kami

Emel: helo.docmin@gmail.com
WhatsApp / telefon: +60 10-791 3922
Alamat: 11-2, Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur