Snap resit AI
Untuk app Docmin versi 2.2 · Dikemas kini 2 November 2026

- Tekan + Rekod Baru → Ambil Gambar. Atau pilih gambar dari galeri, atau fail PDF.
- Tunggu beberapa saat. AI akan baca nama kedai atau syarikat, jumlah, tarikh dan cadangkan kategori.
- Semak setiap ruangan, betulkan jika perlu, kemudian tekan Simpan.
Gambar disimpan ke folder yang betul dalam Google Drive anda. Rekod dan gambar kekal berpasangan.
Tips gambar yang jelas
- Letak resit atas permukaan rata dan terang. Elakkan bayang.
- Pastikan jumlah dan tarikh kelihatan jelas dan tidak terlipat.
- Resit panjang: ambil bahagian yang ada jumlah akhir.
- Resit thermal cepat pudar. Snap pada hari yang sama.
Sibuk? Snap dahulu, isi kemudian
Anda boleh snap sahaja dan simpan. Jumlah dan kategori boleh diisi kemudian bila lapang.
AI boleh tersilap baca. Anda tetap bertanggungjawab menyemak angka sebelum menyimpan. Snap AI memerlukan sambungan Google dan internet.
Masih perlukan bantuan?
- WhatsApp kami di +60 10-791 3922
- Emel helo.docmin@gmail.com