Profil cukai & keluarga
Untuk app Docmin versi 2.2 · Dikemas kini 2 November 2026

Tekan ikon profil di penjuru atas kanan.
Maklumat diri
- Nama penuh seperti kad pengenalan. Ia dicetak pada laporan PDF.
- Nombor cukai (TIN): ada di MyTax atau surat LHDN. Belum ada? Daftar di MyTax → e-Daftar.
- Kerjaya: boleh pilih lebih daripada satu.
- Syarikat yang bayar komisen: tambah syarikat atau agensi anda. Nama ini digunakan untuk semakan CP58.
- Sumber pendapatan: hidupkan gaji, bisnes, sewa atau pendapatan lain jika ada.
Profil cukai (senarai semak)
Tekan Profil cukai (senarai semak) dan jawab soalan satu per satu:
- Keluarga: status perkahwinan, sama ada pasangan bekerja, bilangan dan umur anak (bawah 18, pra-U, IPT, OKU).
- Ansuran cukai CP500: jika LHDN menghantar jadual CP500.
- Pelepasan: KWSP, insurans hayat, insurans perubatan, SSPN, PRS, PERKESO dan lain-lain.
Pelepasan seperti perubatan, gaya hidup, derma dan zakat lebih baik direkod setiap kali anda membayar melalui Rekod Baru → Belanja → Pelepasan cukai peribadi, dengan resit. App akan menghadkan jumlah mengikut had LHDN secara automatik.
Taksiran bersama
Jika anda dan pasangan memilih taksiran bersama, isi juga pendapatan dan PCB pasangan (dari Borang EA pasangan). App akan membandingkan mana yang lebih jimat.
Masih perlukan bantuan?
- WhatsApp kami di +60 10-791 3922
- Emel helo.docmin@gmail.com