DocminDocmin Cuba Percuma

Pusat Bantuan › Topik 5

Bantuan · Topik 5 daripada 14

Komisen & CP58

Rekod komisen yang diterima dan semak dengan CP58 daripada syarikat.

Untuk app Docmin versi 2.2 · Dikemas kini 2 November 2026

Semakan CP58 dalam Laporan → Cukai
Semakan CP58 dalam Laporan → Cukai

Rekod komisen

  1. Tekan + Rekod Baru → Duit Masuk → Komisen & insentif.
  2. Pilih jenis (komisen, bonus, insentif trip dan lain-lain), isi jumlah, tarikh dan syarikat yang membayar.
  3. Jika syarikat memotong cukai 2% (WHT), isi di ruangan Cukai 2% dipotong (jika ada) supaya ia ditolak daripada cukai anda.

Tip: rekod ikut penyata komisen bulanan. Satu rekod sebulan bagi setiap syarikat sudah memadai.

CP58

CP58 ialah penyata komisen setahun daripada syarikat. Biasanya diterima sebelum akhir Mac.

  1. Snap CP58 melalui Ambil Gambar, atau pergi ke Laporan → Cukai → + CP58.
  2. App membandingkan jumlah CP58 dengan rekod komisen anda bagi setiap syarikat.
  3. Jika berbeza, semak rekod yang tertinggal atau tersilap tarikh. LHDN akan menggunakan angka CP58.

Baca lagi: Apa itu CP58 · Potongan 2%

Masih perlukan bantuan?

Buka Docmin