DocminDocmin Cuba Percuma

Pusat Bantuan › Topik 1

Bantuan · Topik 1 daripada 14

Pasang & log masuk

Pasang Docmin di telefon atau laptop, log masuk dengan Google dan lengkapkan langkah pertama.

Untuk app Docmin versi 2.2 · Dikemas kini 2 November 2026

Skrin pertama selepas buka Docmin
Skrin pertama selepas buka Docmin

1. Buka dan pasang

  1. Buka app.docmin.app dalam Chrome (Android/laptop) atau Safari (iPhone).
  2. Pasang ke skrin utama: Android tekan Pasang atau menu ⋮ → Pasang apl; iPhone tekan Share → Add to Home Screen. Langkah penuh ada di Cara pasang.
  3. Selepas ini, sentiasa buka Docmin dari ikon di skrin utama.

2. Log masuk dengan Google

  1. Tekan Mula, kemudian Teruskan dengan Google dan pilih akaun Gmail anda.
  2. Pada skrin kebenaran Google, pastikan kotak Google Drive ditick ✓, kemudian tekan Continue.
  3. Isi nama panggilan, jantina dan jenis ejen (takaful, insurans, hartanah dan lain-lain). Tandakan juga jika anda ada gaji, bisnes lain, rumah sewa atau pendapatan lain.
Kenapa perlu Google Drive? Docmin tidak menyimpan rekod atau dokumen anda di server kami. Rekod disimpan dalam telefon anda, dan resit serta dokumen disimpan dalam Google Drive anda sendiri. Docmin hanya boleh membuka fail yang ia cipta.

Sambungan kekal

Selepas log masuk, Docmin kekal disambung ke Google Drive. Anda tidak perlu log masuk semula setiap kali buka app. Pengguna lama mungkin nampak mesej "Satu langkah lagi" sekali sahaja. Tekan butang itu dan pilih akaun Google yang sama.

Guna di telefon dan laptop

Log masuk dengan akaun Google yang sama di kedua-dua peranti. Untuk memindahkan semua rekod ke peranti baru, lihat Backup, tukar telefon & pulihkan.

Tempoh percubaan

Pengguna baru dapat 30 hari akses penuh secara percuma, tanpa kad kredit.

Masih perlukan bantuan?

Buka Docmin