Backup, tukar telefon & pulihkan
Untuk app Docmin versi 2.2 · Dikemas kini 2 November 2026


Di mana data disimpan
- Rekod (jumlah, tarikh, kategori) disimpan dalam telefon anda.
- Gambar dan dokumen disimpan dalam Google Drive anda, dalam folder ikut tahun.
- Jika Google Drive disambung, senarai rekod juga disalin ke Drive secara automatik.
Backup manual (ZIP)
- Buka Profil → Data → Muat turun backup (ZIP).
- Simpan fail ZIP di tempat lain, contohnya emel kepada diri sendiri atau Google Drive.
Bila perlu backup? Sebelum tukar atau reset telefon, selepas memasukkan banyak rekod, dan sebelum musim cukai (Mac hingga Jun).
Tukar ke telefon baru
- Di telefon lama, muat turun backup ZIP.
- Di telefon baru, pasang Docmin dan log masuk dengan akaun Google yang sama.
- Buka Profil → Pulihkan daripada backup (ZIP) dan pilih fail tadi.
iPhone: buka Docmin dari ikon skrin utama, bukan tab Safari. Safari boleh memadam data laman web yang lama tidak dibuka.
Padam semua data
Profil → Padam semua data dalam peranti ini hanya memadam data dalam telefon. Fail dalam Google Drive anda tidak dipadam. Buat backup dahulu.
Baca lagi: Simpan rekod 7 tahun
Masih perlukan bantuan?
- WhatsApp kami di +60 10-791 3922
- Emel helo.docmin@gmail.com