DocminDocmin Cuba Percuma

Pusat Bantuan › Topik 8

Bantuan · Topik 8 daripada 14

Kategori sendiri

Tambah kategori yang tiada dalam senarai, dan pastikan ia masuk ke akaun yang betul.

Untuk app Docmin versi 2.2 · Dikemas kini 2 November 2026

Pilih Kategori
Pilih Kategori

Docmin sudah ada lebih 100 kategori sedia ada. Jika tetap tiada yang sesuai:

  1. Semasa memilih kategori, taip nama yang anda mahu di ruangan carian.
  2. Tekan + Kategori baru "…" di bawah hasil carian. Atau buka kumpulan tertentu (contohnya Belanja bisnes) dan tekan + Tambah kategori sendiri di bawah senarai.
  3. Jika anda ada lebih daripada satu sumber, app akan bertanya kategori itu untuk Ejen, Bisnes atau Sewa. Pilih dengan betul.
Pilihan kumpulan menentukan di mana belanja itu ditolak. Belanja bisnes kek yang dimasukkan ke kumpulan Ejen akan menjadikan untung rugi kedua-duanya salah.

Cuba cari dahulu. Carian memahami perkataan biasa seperti "minyak", "parking" atau "klinik".

Masih perlukan bantuan?

Buka Docmin