Bisnes & sewa
Untuk app Docmin versi 2.2 · Dikemas kini 2 November 2026

Bisnes lain
- Di Profil → Sumber pendapatan, hidupkan Bisnes. Tekan + Tambah bisnes untuk bisnes kedua dan seterusnya.
- Rekod jualan melalui Duit Masuk → Jualan bisnes, dan belanja melalui Belanja → Belanja bisnes (stok, sewa kedai, gaji pekerja, yuran platform dan lain-lain).
- Jika ada lebih daripada satu bisnes, pilih bisnes yang betul semasa merekod.
- Lihat untung rugi dan kunci kira-kira di Laporan → Akaun. Tukar akaun menggunakan cip nama bisnes.
Jika anda menyimpan stok, isi stok akhir tahun melalui butang Kemaskini baki akhir tahun di Laporan → Akaun supaya kos jualan tepat.
Rumah sewa
- Hidupkan Sewa di Profil dan tambah setiap hartanah.
- Rekod sewa diterima melalui Duit Masuk → Sewa diterima.
- Rekod belanja seperti cukai pintu, cukai tanah, insurans, faedah pinjaman, baik pulih dan yuran penyelenggaraan melalui Belanja → Belanja rumah sewa.
Kos ubah suai, perabot baru dan komisen ejen untuk mendapatkan penyewa pertama tidak boleh ditolak daripada sewa. Jika sewa rugi, rugi itu tidak boleh ditolak daripada pendapatan lain.
Masih perlukan bantuan?
- WhatsApp kami di +60 10-791 3922
- Emel helo.docmin@gmail.com